mari aktifkan blog...yeah..
“Impian saya dah hancur. Apa yang boleh saya lakukan?”
Pernahkah terlintas dalam fikiran kita ayat atau perkataan serupa ini?. Dan ini adalah wajar, tidak semua yang kita impikan akan tercapai walaupun kita sudah cuba sedaya upaya. Banyak kemungkinan mengapa impian kita hancur.
Mungkin Allah hendak tunjuk, bahawa impian kita itu bukan yang terbaik bagi kita. mungkin Allah memberikan hikmah kepada kita ketika impian kita hancur. Mungkin Allah menguji kita. Mungkin Allah akan memberi sesuatu yang jauh lebih baik dibanding impian kita dan pelbagai lagi kemungkinan yang positif yang mungkin kita tidak ketahui. Hanya yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui sahaja yang tahu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (QS. Al Baqarah:216)
Apa yang penting adalah bagaimana kita bersikap saat impian kita hancur. Banyak orang yang berhenti, menyerah, dan hanya mengeluh. Dia tidak akan mendapatkan apa-apa kecuali sakit hati yang semakin menggunung. Mereka beranggapan bahwa mereka tidak lagi perlu bermimpi kerana mimpi mereka sudah hancur.
Jangan sesekali kita katakan "impian aku sudah hancur", "aku sudah putus asa" dan sebagainya. Siapa kata impian itu hanya satu? Kita boleh membangun impian yang lain dan mengejarnya lagi. Ingatlah apa yang kita impikan selama ini bukanlah satu-satunya impian. Dan juga belum tentu yang terbaik.
Siapa kata cara meraih impian cuma satu? Jika cara pertama tidak berjaya, kita boleh usahakan cara yang lain. Mungkin juga kita kurang bersungguh dalam meraih matlamat kita. Mungkin strategi kita salah, maka buatkan strategi baru. Mungkin taktik kita salah, maka rancanglah taktik baru.
Berhenti adalah cara pasti untuk gagal. Lebih parah lagi, berhenti akan menjadikan kita tidak lagi menggampai impian yang lain. Jika impian kita tidak tercapai, maka bangunlah dari mimpi lama dan buat mimpi yang baru atau lakukan cara baru dalam meraihnya.
Sebagai penutup, mari kita renungkan hadith berikut:
Aku mengagumi seorang mukmin. Bila memperoleh kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur. Bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar. Seorang mukmin diberi pahala dalam segala hal walaupun dalam sesuap makanan yang diangkatnya ke mulut isterinya. (HR. Ahmad dan Abu Dawud)
Salam..
Tau x bhawa haiwan, tumbuh2an dan alam sekeliling mempunyai kaitan yang amat rapat. Sebagai conth mudah, tumbuhan memerlukan air untuk hidup, haiwan memakan tumbuhan dan manusia memakan haiwan. Andai kata satu dari pada ikatan makanan ini terputus..maka jawapannya ialah KEPUPUSAN.
Pernah x kite cube surf dalam internet pasal alam.. Ha.. cube try skali. Input nie sket je..nk cari lebih, kne rajin r (^.^)
Mamalia : sebahagian spesies gajah, monyet, harimau, badak
Burung : Dodo
Amfibia : Sebahagian spesies katak
Ikan : tidak dapat dipastikan
klu berminat try alamat ni
http://www.extinctanimal.com/default.htm
Em. tau x pasal banyak spesies2 yang pelik2 muncul di Jepun? pada pendapat aku mungkn sebab faktor gempa bumi yang kerap berlaku di Jepun. Ekosistem laut dalam terganggu dan mnyebabkan mkhluk laut dalam berpindah. Cube try buka utube n type strange creature in japanese sea..mesti jumpa n mesti terkejut.
Actually, bnyk anugerah alam yang kita x teroka lg. Tp ada juga baiknya jika apa yang tidak diteroka tue dibiarkan atau dipelihara. mungkin bukan untuk kita, tetapi untuk masa depan generasi akan datang. Bayangkanlah anak kita bertanya " Ayah ape itu harimau?"
Inila Dodo
A : Wargh!!
KU : Apahal menjerit2 terlolong2 nie? Giler ke per?
A : Nak exam da nie..
KU : So? pe masalahnya nak exam..Study r lebih cket.
A : tue bukan prob utama bro..nie..otak nie..kosong.xtau pe y aku belajar sem nie.
KU : ye r..sebab tu kne blaja..
A: Nak blaja camne bro.x sempat nak pk.Kelas berganti siang dan malam.
KU : Abis tue.da lectrer nak wat kelas.tuk kebaikan ko jgak kn?
A : Mmg r. tp klu pk blek, 2 jam kelas, 30 mint je mngajar.ape ke he?
KU : Eh? ader ker gitu?
A : Tu la..ko tidur jer dalam kelas.
KU : shhh.jagn cakap kuat2 huhu. Tp bro klu lect x wat kelas pun..ko blaja ker?
A : ko tnya aku blaja ke x? heh.silap orang r bro..mesti r.... TAK.hehehe
KU : So? camne?
A : Tnya lg? td ko gak suh study.. aku gigit kg mamat nie
K: owh.huhuhu
Kepada pembaca sekalian..
aku akan menghadapi peperiksaan pada November ini..Doakan kesihatan, ketetapan iman dan kejayaan aku..Amiin..
Watak yang ku bawa penuh dengan cabaran,
Amat sukar untuk ku tempuhi segalanya,
Namun perjalanan ku masih jauh di hadapan.
Air ditadah dijadikan minuman,
Wadah pujangga menjadi pedoman,
Azam hidup harus dilaksanakan,
Nikmat hidup dilalai jangan.
Andai kata aku lemah dan tersasar,
Wahai teman sedarkanlah daku,
Ampulah diriku dengan semangat serta doamu,
Nun di sana ranjau masih belum ku tempuh.
Awan hidup puisi rekaan,
Wajar aku persembah untuk tatapan,
Seorang anak bertanya pada ibunya.
Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?
Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.
Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?
Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.
Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?
Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.
Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.
Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?
Mama : Tak boleh!
Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...
Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick
Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....
Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!