Saat impianku hancur....  

Posted by: napi

“Impian saya dah hancur. Apa yang boleh saya lakukan?”

Pernahkah terlintas dalam fikiran kita ayat atau perkataan serupa ini?. Dan ini adalah wajar, tidak semua yang kita impikan akan tercapai walaupun kita sudah cuba sedaya upaya. Banyak kemungkinan mengapa impian kita hancur.


Mungkin Allah hendak tunjuk, bahawa impian kita itu bukan yang terbaik bagi kita. mungkin Allah memberikan hikmah kepada kita ketika impian kita hancur. Mungkin Allah menguji kita. Mungkin Allah akan memberi sesuatu yang jauh lebih baik dibanding impian kita dan pelbagai lagi kemungkinan yang positif yang mungkin kita tidak ketahui.  Hanya yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui sahaja yang tahu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (QS. Al Baqarah:216)

Apa yang penting adalah bagaimana kita bersikap saat impian kita hancur. Banyak orang yang berhenti, menyerah, dan hanya mengeluh. Dia tidak akan mendapatkan apa-apa kecuali sakit hati yang semakin menggunung. Mereka beranggapan bahwa mereka tidak lagi perlu bermimpi kerana mimpi mereka sudah hancur.

Jangan sesekali kita katakan "impian aku sudah hancur", "aku sudah putus asa" dan sebagainya. Siapa kata impian itu hanya satu? Kita boleh membangun impian yang lain dan mengejarnya lagi. Ingatlah apa yang kita impikan selama ini bukanlah satu-satunya impian. Dan juga belum tentu yang terbaik.

Siapa kata cara meraih impian cuma satu? Jika cara pertama tidak berjaya, kita boleh usahakan cara yang lain. Mungkin juga kita kurang bersungguh dalam meraih matlamat kita. Mungkin strategi kita salah, maka buatkan strategi baru. Mungkin taktik kita salah, maka rancanglah taktik baru.

Berhenti adalah cara pasti untuk gagal. Lebih parah lagi, berhenti akan menjadikan kita tidak lagi menggampai impian yang lain. Jika impian kita tidak tercapai, maka bangunlah dari mimpi lama dan buat mimpi yang baru atau lakukan cara baru dalam meraihnya.

Sebagai penutup, mari kita renungkan hadith berikut:

Aku mengagumi seorang mukmin. Bila memperoleh kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur. Bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar. Seorang mukmin diberi pahala dalam segala hal walaupun dalam sesuap makanan yang diangkatnya ke mulut isterinya. (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

This entry was posted on 9:28 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment