Ayah ibu  

Posted by: napi

Ayah ibu, anak mu mohon doa dan redhamu,

Halalkan makan dan minumku,

Dari dalam rahim sehingga kini,

Halalkan setiap titis keringat yang membawa kami rezeki duhai ayah,

Halalkan setiap titis susu yang membesarkan kami duhai ibu.

Dengan rahmatmu Allah, rahmatilah mereka. Amiiin..


RAYA raya RAYA!!!  

Posted by: napi

Duhai bonda..

Duhai ayahanda..

Dengarlah rayuan anakanda..

Yang jauh di mata...

Alahai..sodihnyo lagu..

Ha..ni nak sampaikan lagi satu realiti orang kita, kita menyambut lebaran dengan kesedihan dan kesayuan atau dengan kegembiraan? Apa sebenarnya yang kita patut lakukan pada hari raya Eidul Fitri ni? OK, sebelum kite gi jauh2 kita tgk dan renung2kan apa yang kita selalu buat masa ramadhan. Dah renungkan? So, kita sambut raya dengan gembira atau sedih?

Kita patut menyambut Syawal dengan kegembiraan disebabkan kemenangan kita berjuang melawan hawa nafsu pada Ramadhan. Dalam masa yang sama kita hendaklah bersedih di atas peninggalan Ramadhan kerana pahala kita tidak lagi digandakan. Kita juga bersedih kerana dosa yang kita lakukan semasa Ramadhan. Jadi saya senaraikan di bawah beberapa perkara yang kita harus dan tidak harus kita lakukan:

  1. Tidak harus menziarahi kubur. Kita diberi 365 hari setahun untuk kita menziarahi kubur arwah keluarga kita. Sebaik bermula ramadhan penghuni kubur akan berehat daripada seksaan, dan bermula seksaan semula sebaik habis ramadhan. bayangkan perasaan arwah, menziarahinya ketika diseksa.
  2. Tidak harus bertakbir dengan mendayu-dayu. ini kerana Eidul Fitri adalah hari kemenangan umat Islam berjuang melawan nafsu. Cadangan saya, cuba skali kita wat dengan kuat dan semangat kemenangan, bagaimana rasa takbir tu.
  3. Harus menziarahi orang hidup (keluarga dan jiran tetangga).
  4. Bersedih. bukan kerana keluarga tiada atau tak berduit, tetapi kerana Ramadhan telah pergi meninggalkan kita.
  5. Merayakan Eidul Fitri dengan bersederhana. Bertujuan untuk tidak membazir sebagaimana kita melatih diri kita berpuasa semasa Ramadhan. Kita berpuasa juga untuk tujuan merasai kesusahan orang lain. Selain itu kita juga dapat berjimat.
  6. Berubah menjadi lebih baik. Bagi saya, pendapat ini lebih baik. Sabda Rasul,""Jibril datang kepadaku dan berkata, 'Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat keampunan, maka jika mati, ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin. " (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya) 

Banyak lagi yang harus dan tidak harus kita lakukan, akan tetapi biarlah madrasah Ramadhan menjadi titik tolak untuk kita berubah jadi lebih baik dan menjadi insan bertaqwa. 

Renungkanlah sabda Rasulullah :

"Barangsiapa mendirikan solat malam Ramadhan (terawih dan solat sunat lain) kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah) nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadith Muttafaqun 'Alaih).

Wallahu a'lam

Fasa ke-2 ramadhan  

Posted by: napi

Syukur alhamdulillah kerana aku masih berpijak dan berdiri di bumi Allah.

Pejam celik skang aku dah berada di fasa kedua ramadhan. sebagai mana sabda nabi Muhammad S.A.W "Ramadhan padanya rahmat, keampunan dan pelepasan dari api neraka". Jadi kita berada pada fasa yang mana dijanjikan pengampunan daripada dosa. Jadi sebagai hamba yang sentiasa berdosa kita seharusnya berdoa dan bertaubat setiap masa kerana Allah itu maha Pengampunan lagi maha Penyayang.

macam mana pulak kalau kita masih melakukan dosa?. persoalan itu timbul dari hati kita yang tidak meyakini kekuasaan dan pengampunan Allah. persoalan ini timbul jika hati kita masih meragui keupayaan diri kita untuk berubah dan persoalan ini timbul kerana solat kita tidak sempurna. renung-renungkanlah....

Ramadhan, puasa, kita dan ...  

Posted by: napi




Syukur ke hadrat Ilahi kita sekali lagi diberikan keberkatan ramadhan yang penuh rahmat ini. Ramadhan adalah satu tempoh di mana kita diberikan oleh Allah untuk beribadat dan melakukan segala kebaikan dan menjauhi segala kemungkaran. Ramadhan juga merupakan bulan turunnya mukjizat Rasulullah yang terbesar iaitu Al Quran. Dalam Quran juga disebut bahawa umat sebelum ini (umat nabi-nabi terdahulu) juga dikehendaki berpuasa supaya bertaqwa. Pada Ramadhan yang dianugerahkan setahun kepada kita juga terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. begitulah hebatnya ramadhan, bulan yang disebut di dalam Al Quran. Bayangkan kebaikan jika kita memuliakan bulan yang penuh rahmat ini...

Walaupun begitu, segelintir amalan masyarakat kita zaman ini telah menghilangkan seri Ramadhan. Di sini saya senaraikan sebahagian amalan kita yang berlaku dan ianya realiti. Sama-sama kita renungkan dan jadikan iktibar:

1) Berpuasa di siang hari sahaja (berpuasa dari lapar dan dahaga dan maksiat), tetapi pada sebelah malam kita mula melakukan maksiat. kita lupa bahawa malam Ramadhan adalah sebahagian daripda ramadhan.

2) Tidak bertarawih pada malam-malam Ramadhan. Solat sunat tarawih yang datang hanya pada Ramadhan tidak kita lakukan sebagaimana yang kita dituntut untuk melakukannya. Sebahagian besar masyarakat kita memandang ringan perkara ini, sedangkan sunat tarawih adalah salah satu intipati Ramadhan.

3) Meninggalkan solat fardhu. hal ini bukan lagi satu fantasi dan penipuan. masyarakat kita kini banyak dilalaikan dengan hiburan serta sibuk dengan urusan dunia sehingga tertinggal kewajipan untuk melaksanakan tuntutan Allah. Jika ini yang berlaku pada Ramadhan kita, apa yang kita dapat dari puasa? Hanya lapar dan dahaga semata-mata.

Jika kita renung dan fikir seketika, banyak lagi perkara yang menjatuhkan kemuliaan Ramadhan akibat dari perbuatan kita sendiri. sebagai muslimin, seruan serta tuntutan Allah adalah nadi kekuatan diri kita. Jika sekuat mana kekuatan luaran kita, tetapi lemah rohani maka mudahlah bagi musuh Islam memijak dan mentertawakan kita.

Nukilan ini bukanlah untuk menunjuk diri sendiri baik atau sempurna, tetapi sebagai peringatan sesama saudara seagama dan ingatlah firman Allah:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".

Surah Al 'Asr (ayat 1-3)