Ramadhan, puasa, kita dan ...  

Posted by: napi




Syukur ke hadrat Ilahi kita sekali lagi diberikan keberkatan ramadhan yang penuh rahmat ini. Ramadhan adalah satu tempoh di mana kita diberikan oleh Allah untuk beribadat dan melakukan segala kebaikan dan menjauhi segala kemungkaran. Ramadhan juga merupakan bulan turunnya mukjizat Rasulullah yang terbesar iaitu Al Quran. Dalam Quran juga disebut bahawa umat sebelum ini (umat nabi-nabi terdahulu) juga dikehendaki berpuasa supaya bertaqwa. Pada Ramadhan yang dianugerahkan setahun kepada kita juga terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. begitulah hebatnya ramadhan, bulan yang disebut di dalam Al Quran. Bayangkan kebaikan jika kita memuliakan bulan yang penuh rahmat ini...

Walaupun begitu, segelintir amalan masyarakat kita zaman ini telah menghilangkan seri Ramadhan. Di sini saya senaraikan sebahagian amalan kita yang berlaku dan ianya realiti. Sama-sama kita renungkan dan jadikan iktibar:

1) Berpuasa di siang hari sahaja (berpuasa dari lapar dan dahaga dan maksiat), tetapi pada sebelah malam kita mula melakukan maksiat. kita lupa bahawa malam Ramadhan adalah sebahagian daripda ramadhan.

2) Tidak bertarawih pada malam-malam Ramadhan. Solat sunat tarawih yang datang hanya pada Ramadhan tidak kita lakukan sebagaimana yang kita dituntut untuk melakukannya. Sebahagian besar masyarakat kita memandang ringan perkara ini, sedangkan sunat tarawih adalah salah satu intipati Ramadhan.

3) Meninggalkan solat fardhu. hal ini bukan lagi satu fantasi dan penipuan. masyarakat kita kini banyak dilalaikan dengan hiburan serta sibuk dengan urusan dunia sehingga tertinggal kewajipan untuk melaksanakan tuntutan Allah. Jika ini yang berlaku pada Ramadhan kita, apa yang kita dapat dari puasa? Hanya lapar dan dahaga semata-mata.

Jika kita renung dan fikir seketika, banyak lagi perkara yang menjatuhkan kemuliaan Ramadhan akibat dari perbuatan kita sendiri. sebagai muslimin, seruan serta tuntutan Allah adalah nadi kekuatan diri kita. Jika sekuat mana kekuatan luaran kita, tetapi lemah rohani maka mudahlah bagi musuh Islam memijak dan mentertawakan kita.

Nukilan ini bukanlah untuk menunjuk diri sendiri baik atau sempurna, tetapi sebagai peringatan sesama saudara seagama dan ingatlah firman Allah:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".

Surah Al 'Asr (ayat 1-3)

This entry was posted on 9:57 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment